RSS

Pages

Wednesday, January 20, 2010

Tidak Bertajuk...

Sudah tiga hari aku berada kat sekolah ni n bermakna dah tiga hari gak aku bergelar cikgu. So far ok la. Sekolah ni agak pedalaman. Macam terasa duk kat area pedalaman sabah sarawak pun ada. Kemudahan kat sekolah ni boleh dikatakan lengkap la juga. Setakat ni aku x habis lagi survey. Gambar2 pn x sempat amik lagi n aku pn malas nak bawa camera g sek.Maybe sabtu ni kot baru aku nak amik gambar2. Cikgu2 sek ni agak peramah la cuma aku ni je yang x reti lagi bergaul ngan diorg. segan ckit. hehehe...

Buat masa ni aku just relief class (betul ke ejaan relief tu ek?) je. Minggu depan maybe dh start ngajar. Cikgu pebimbing pun dh dapat. Gaya cikgu tu macam nak buli aku slalu je. Minggu depan ada ke patut die suh aku amik terus class yang aku kna ngajar start awal bulan 2 nanti. Cikgu tu kira senior aku kat upsi dulu tapi x knal pn sbb die fizik (gaya macam kenal je kalau dia amik math gak dulu..hikhik). Tapi okey gak la start awal ngajar, xde la aku duk melangut je dalam bilik guru tu tengok cikgu2 lain lalu lalang nak g kelas.

Lupa lak nak gtau yang aku nanti kena ngajar Form 2 n Form 4. Kira mantap gak la baru mula nak ngajar dh kna ajar upper form. huhu...

So jawabnye minggu ni aku dah kna start wat lesson plan la kn..kn..kn..

0 comments: