RSS

Pages

Friday, November 27, 2009

Satu Hari di Hari Raya

Today is Hari Raya AidilAdha. Dari pagi aku ngadap tv jer. Layan HBO, max, SMV, AXN & TV3. Mmg masyuk layan tv hari ni memandangkan xde citer sedey yg aku tengok setakat ni. Aku paling lemah tengok citer sedey2 ni. Cepat jer air sungai dari kolam mataku ini mengalir.

Aaarrghhhh...bosannye duk umah sorg2. Abg dh balik nogori. Mak plak merayau ke mana ntah. Tinggal la aku sengsorg bertemankn tv n lappy. Xde org tuk aku sakat. Huhu...

Yang sebenor2nye aku tgh jeles ngn Pakcu aku satu family sbb skrg ni mesti mereka semua tgh bergumbira memakan buah durian Batu Kurau. Waaaa...rindu nak makan durian sana. Mmg susah nak cari durian yg rasa macam kat sana di sini.

Sempena Hari Raya Qurban ni, aku nk menyingkap ckit pe yg aku telah korbankn spnjg tahun ni. Ade ke ek? Kenapa aku rasa macam xde je. Setakat korban masa n tenaga tuk xsignment n yg berkaitan ngn pelajaran tu biasa la. Yg lain dr tu serious mcm xde. Jap engat balik....

errmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......mmg xde la rasenye. Pe yg aku engat aku banyak berfoya2 sepanjang tahun ni. hehe...

Sempena AidilAdha ni, aku nak ucapkn selamat menjalani ibadah qorban. Semoga segala pengorbanan yg dilakukan diberkati dan diredhai-Nya. aminnnnn...

Wednesday, November 25, 2009

.............................................

Kenapa aku x suka cuti?
1st. aku akan jadi manusia paling bosan.
2nd. even aku bosan, aku still malas tuk wat pape.
3rd. berat badan aku akan bertambah (uwaaa..ni yg paling x suka)
4th. dunia aku semakin kecil iaitu bilik, dpn tv, dapur (dlm rumah la pendek kata)
5th. aku kena jadi tukang masak. hehehe... (tgk tu kn dh bertambah list malas aku)

Tapi cuti kali ni harap dapat diisi dengan aktivit2 berfaedah. minggu ni nak rehat dulu. after raya baru wat aktiviti2 berfaedah tu. hehe... yg pasti skrg ni aku nak main game sampai lebam. n caye x game kat fb yg agak bosan tu pn aku hentam main. huhuhu...

antara aktiviti2 berfaedah yg dh tersenarai dalam otak aku:
- baca novel (berfaedah ke ni ek?)
- sambungkn jigsaw puzzle sehingga siap
- wat homework pasal subject yg bakal aku ngajar nnt.
- erm...yg lain x pikir lagi.

Lagi tiga hari dh nak raya Aidiladha. Bermakna dh masuk tahun ketiga aku bergelar anak yatim. Bila tiba time ni mesti hati memang sebak. Aku x sedey sgt time raya aidilfitri tp kalau raya korban mmg sedey. siap2 boleh bad mood sepanjang hari. Hope tahun ni mood aku much better time raya. Kan best kalau dapat join Pak Cu balik kampung makan durian time raya ni. Tp apa leh wat. My lovely bro merangkap my driver ade temujanji lain lak n dh ade org booking die awal2. Jawabnye sekali lagi Raya Haji ni aku beraya depan tv je la...huhu...


Tuesday, November 17, 2009

Coretan Hatiku

Lagi dua hari aku akan menamatkan zaman peperiksaan ku di upsi. Khamis ni paper terakhir aku di upsi. Rasa sedey lak mengenangkan aku akan bakal meninggalkan zaman belajar + enjoy ngn kawan2 seperjuangan. Lepas ni aku akan masuk pula ke zaman bekerja. uwaaaaa...cam x sedia lagi jer...Xleh ke kalau aku trus blajar, blajar n blajar n xyah kerja sampai bila2. he3...

Berbalik kepada paper terakhir ni iaitu Environmental Science (TSE 2013), aku memang terharu gler apabila membaca dari bab ke bab. Mata aku x henti2 mengeluarkan cecair yang dinamakan air mata. Hati pula x sabar2 n asyik tertanya2 bila la nak abes baca ni. hu3...Even tinggal esok sahaja waktu untuk aku study (membaca sebenarnye) subjek ini, namun aku masih x khatam lagi. Dalam erti kata lain aku x berjaya lagi menghabiskan pembacaan aku. (Macam mana la hati nak habis baca kalau hati x ke arah pembacaan ini).

Sebenarnye aku cuak malam ni sebab esok aku ade ujian memandu. Umo dh tua tapi baru de hati nak amik lesen. hu3... Hope semua berjalan dengan lancar n aku dapat wat yang terbaik seterusnya berjaya menggapai lesen P (profesional) itu. he3... Aku juga berharap aku x gabra semacam n x terlebih nervous pada esok hari. N mintak2 la pegawai JPJ yg uji aku tu mempunyai mood yg baik n dgn senangnye meluluskan aku. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk mengulang atas beberapa sebab tertentu.

ok la, nak p sambung study lak. mintak2 malam ni aku berjaya menghabiskan pembacaan aku ni supaya aku dapat membuat ujian pada esok hari dengan senang hati tanpa memikirkan yang aku x abes baca tse lagi...daaaaaa~ =)

Monday, November 16, 2009

AkU bOsAn!!!

korg pnah terbaca x buku bertajuk "Bercinta Sampai Ke Syurga", "Aku Terima Nikahnye" n yg seangkatan dengannye? aku pnah tp bukan baca dr kulit ke kulit. sbbnye buku2 ni bukan jenis genre yg aku suka. n buku2 jenis ni merupakan ubat yg mujarab tuk aku yg mmg susah nk tdo malam ni. aku slalu rasa buku ni lagi bosan daripada buku Falsafah Pendidikan, subjek yg aku amik masa sem 1. korg percaye ke? tolongla jgn percaya sbbnye aku tpu jer...tp kalau nk ekut ranking bosan buku ni jatuh tmpt ketiga kot slps Falsafah Pendidikan n Pedagogi Pendidikan. serious, aku lebey rela baca buku2 motivasi berbanding buku2 ni. n of course la aku terlebih rela baca novel berbanding buku2 lain. sbbnye aku mmg kaki+hantu novel.

aku xtau knape aku x suka baca buku jnis camni. kalau nk ikutkn kawan2 aku ramai yg suka membeli n membaca buku camni. belum dapat seru lagi mungkin. kalau aku baca buku2 camni bermaksud time tu aku teramat bosan n xtau nak watpe. n bila aku
baca mmg x pnah khatam la. aku akan baca part2 yg aku rasa menarik n mostly aku baca tajuk, subtajuk, komik yg de dlm buku tu n mutiara kata. part2 ni je yg menarik perhatian kau tuk baca. n buku2 camni pn xpnah ada lagi dalam koleksi buku2 aku setakat ni.

aku sbnrnye pn xtau knape aku tulis entry pasal ni. sbb aku malas nk study Environmental Science subject kot. hahaha...ni lagi satu genre yg amat lemah tuk aku baca. sbbnye subject ni perlu baca n mengingat. paham2 la bila dh nama pn otak math, bab mambaca n mengingat ni mmg la satu bebanan buat aku. sib baik la 20% jer final. kalau x xtau la aku dpt pe bla result kuar nnt. huhuhu...bila la aku nak rajin ni? khamis ni exam paper ni but aku x baca pape pn lagi apatah lagi study. huhuhu...pls la rajin ida ooiii...

aja aja fighting! jom study Environmental Science. Sayangilah alam sekitar.
berkhidmat untuk diri sendiri.
sekian,
cau cin cau....=)

Saturday, November 14, 2009

ROS vs PRAKTIKUM


Tahun depan start praktikum. 2 minggu ROS dan 14 minggu latihan mengajar. dh bersediakah aku?? jawapannye mesti la belum. preparation pape pn x wat lagi. sylabus pn x kaji lagi. xpe, time cuti ni aku wat 'homework'. rajin ke? hahaha...kna2 la merajin2kn diri.

aku try google pasal sekolah yang bakal aku wat praktikum ni tp hampeh. x jumpe pn sangat pasal sekolah tu. ape yg aku jumpe 2 blog kepunyaan cikgu sekolah tu. dr situ tau la bukan serba sedikit tp terlalu sedikit pasal sekolah tu. time raya lepas aku de g sekolah tu tp x masuk pn la. setakat tgk dr luar je sbb sek tgh cuti kn...

Ape yang aku tau landskap sekolah tu memang cantik. kat sekolah tu de kolam penternakan ikan air tawar. ikan ape yg dibela wallahualam. sekolah ni kategori sekolah model khas. aku x sure pe maksud sekolah model khas ni tp yg aku tau sekolah ni gabungan sekolah rendah n menengah. means, 2 sekolah gunakan bangunan yg sama n rasenye pentadbiran yang berbeza.
ape yg aku tau budak2 sek ni aktif bersukan. bab pelajaran plak no comment sbb xde sumber sahih yg dpt aku korek.

satu jer masalah aku bila mengajar kat sana nanti. macam patah kaki jer sbb ekut maklumat yg aku dapat kenderaan awam mmg x masuk area situ. kalau ade pn maybe la prebet sapu. uwaaaa...camne aku nk pegi bersuka ria nnt? nak bawa kete lesen pn xde. haih. dh la kawan pn xde. tu la aritu gatal sangat mintak sorg2. padan muka aku...

pape pn aku harap sem depan aku dapat buat yang terbaik dan menjadi guru bitara yang cemerlang, gemilang n terbilang. Ya Allah Ya Tuhanku, hilangkn penyakit terlebih nervous aku ni time aku praktikum nnt n semoga semuanye berjalan lancar. Aminnnn.....

Monday, November 9, 2009

^Surprise Birthday Party Yg X Surprise^

beberapa hari ni aku btul2 xde mood n idea tuk update blog ni. walaupun byk kejadian2 yg boleh aku kongsikn tp disebabkn kemalasan yang melanda maka aku diamkn sahaja. semalam pn aku malas nk mengupdate blog tp rajin plak menyiapkn tesis sampai t'lupa tuk tido malam. kalau mak aku tau confirm dh kna bebel. hu3.

7hb bersamaan ari sabtu, penghuni 23-3-A n 704 tmn bernam telah bersepakat tuk mengadakan surprise burfday party tuk hairi (warga 704). daripada plan A iaitu menyambut di Tasek Proton City bertukar ke plan B iaitu wat kat umah 704 jer. sbbnye biarlah kami shj yg tau.

alkisahnye ktorg nk wat kejutan kat hairi tp die mcm2 tau jer ktorg nk celeb burfday die. punya la senget mulut die sbb tersenyum lebar time ktorg tgh bz masak kat dapur.ha3. (die mmg akan bermulut senget bla tersenyum =D). menunye pn sedap la gak, mee goreng yg tersangatla pedas + nugget + fries + air bandung cincau. sungguh kecoh time ktorg main masak2 tu...happening gler. tp yg plg bestnye burfday boy turut merajinkn dirinye menolong ktorg di dapur.

banyak kejadian yg mencetuskan huru-hara dan gelak ketawa di dapur yg serba moden itu. bila la agaknye ade peluang tuk wat macam tu lg ngn dorg2 ni semua. almaklum la ni thn akhir aku. sem dpn kna g praktikum. mesti rindu gler ngn aktiviti2 yg slalu aku wat bla kat cni.hu3

neway, kat bawah ni de beberapa pics yg sempat dirakamkn ketika kejadian berlaku.


burfday boy yg sibuk berposing sambil memotong kek



kebizian yg terserlah ketika sesi main masak2 berlansung



ni la makanan yg ktorg masak semasa aktiviti main masak2 dijalankan


#sori la gmbr blur. macam suka lak tgk gmbr blur ni...he3

video bawah ni plak dirakamkn ketika tgh sibuk main masak2..=P
video
njoy!

Friday, November 6, 2009

aku...

sungguh aku xde idea untuk menulis malam ini.
knapakah ini berlaku kepada aku?
mungkin sebab aku penat? mungkin ye..
mungkin sebab aku ngantuk? mungkin jugak
mungkin sebab otak aku dh buntu slps menjawab soalan yg ntahpape?
ye mungkin juga..
sesungguhnya aku tersangatlah xde mood malam ni...
nak layan orang bercakap pn macam malas...
sungguh truk aku malam ni. huhuhu...

Sunday, November 1, 2009

Layakkah???

Layakkah aku menjadi cikgu?
Layakkah aku bergelar pendidik?
Layakkah aku mengajar?
Layakkah aku mendidik?
Layakkah????

Persoalan yang tidak lagi kutemui jawapan...