RSS

Pages

Friday, March 19, 2010

Hari ni aku dapat surprise dari someone yang aku betul2 sayang. Terkejut ada, terharu pun ada. Tengah hari tadi aku dapat present. N pada aku ianya betul2 istimewa. Terkejut sebab x sangka dia bagi present untuk birthday aku eventhough dia cakap hari tu yang dia nak bagi masa dia balik sini sebab malas nak pos. Terharu lak sebab 1st time dapat bunga.

Kisahnya bermula di sini. Tengah hari tadi tengah aku syok beronline tiba2 ada orang ketuk pintu rumah. Aku yang sememangnya jarang nak buka pintu kalau duduk sorg2 kat rumah ni biar kan je la. Lama gak la orang tu ketuk. Siap rasa macam nak tercabut pintu tu dia ketuk. At last aku buka gak sebab baru teringat maybe orang dari pos laju kot datang hantar barang yang mak lang aku pos dari kampung. Mak lang de cakap nak pos baju aku dalam minggu ni gak.

Sebenarnya mak aku yang buka pintu. Kebetulan mak ada time tu. Bila orang tu sebut je nama aku, baru la aku memunculkan diri aku depan die. 1st aku nampak bunga sejambak kat tangan dia. Aku dah buat muka pelik depan orang tu. hehehe... Then, dia bagi bunga tu kat aku dengan teddy bear skali. Aku agak speechless la. X tanya apa2 pn. Main ambil je. Bila dia suruh sign kat kertas tu baru la aku dapat berkata2. Aku pun tanya dari mana datang hadiah tu. Dia suruh baca kat kad yang ada kat bunga tu. Buat malu aku jer tanya soalan yang x berapa nak cerdik tu. Bukannya apa, aku memang x perasan ada kat terselit sekali. Rupa2nya baru tau dari si dia. Memang terharu gler.

Nak tau x masa aku tengok orang yang anta bunga ni pegang bunga terus aku teringat pasal konvo. Xtau la kenapa. N aku x terfikir pun yang bunga tu dari si dia. Bila orang yang hantar tu dah balik, aku siap buat muka malu plus segan depan emak. Yela, kena perli dengan emak la katakan. Sape yang x malu beb.

Aku ni sebenarnya x suka sangat dengan bunga ni tapi xtau kenapa bila tengok je bunga ni hati jadi kembang semacam je. Bibir lak asyik nak tersenyum je..hehehe... Warna bunga ros yang aku dapat ni pada aku cantik n lain ckit dari warna ros merah biasa. Nampak segar n berseri. Teddy bear tu memang cute, suka sangat cuma baunya x berapa sedap. hehehe...





p/s: kepada orang yang berkenaan, lain kali bagi lagi ek tapi nak bunga lain lak. hehehe...

Hari Sukan

Rasanye dah seminggu gak x update blog. Kali ni bukan disebabkan kekangan masa tetapi kekangan kemalasan. hehehe... Bila mood malas berfikir aku sampai, satu kerja apa pun aku malas nak buat. huhuhu... hari tu aku ada bagi tau nak update pasal sukan sekolah aku. Sori la, rasanya dah masuk 2 minggu sukan sekolah berlalu,baru la aku nak bercerita.

Hari Khamis bersamaan 25 Februari, sekolah aku menganjurkan sukan sekolah. Acara yang ada pada hari tu ialah perbarisan, persembahan Tae Kwando n lumba lari. Acara2 lain seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru n lain2 diadakan pada hari2 sebelum tu. Sepanjang minggu tu aku memang teramat sibuk n penat. Nak rehat pun x sempat petang2. Sampaikan malam2 memang kre awal gler la aku tdo. Aku handle perbarisan n hias khemah rumah kuning. Kre dalam sejarah la aku masuk rumah kuning ni. Ada la 3 orang lagi cikgu yang sama2 handle perbarisan n hias khemah gak. Kre njoy la kerja ngn dorg.

Masa hari sukan tu aku terlibat sebagai hakim penamat untuk budak2 yang masuk acara lumba lari. Berjemur jugak la sampai kan aku balik rumah minggu ni emak complain cakap aku makin gelap. huhuhu... Dah la acara sebelum sukan pn aku terlibat gak sebagai hakim penamat.

Tahun ni rumah hijau juara keseluruhan n rumah kuning kedua. Tapi aku puas hati la sebab rumah kuning dapat khemah terbaik even kalah dalam perbarisan. Pada aku la, sukan kat sekolah ni macam cikgu lagi excited dari students. Seriously, boleh dikatakan hampir kesemuanya cikgu yang uruskan, i mean for hiasan khemah n perbarisan. Students memang ada yang tolong tapi idea banyak datang dari cikgu. N bila menang memang ketara nampak cikgu yang lagi excited termasuk la aku. Aku siap terlompat2 suka masa rumah kuning johan acara tarik tali tau...lepas tu baru fikir malu sebab ada student yang tengok. hahaha... petang tu apalagi, acara qada' tdo la aku... bawah ni ada la beberapa gambar masa hari sukan tu berlangsung.
















Tuesday, March 2, 2010

Today is My Special Day!!

Ye! Hari ni kira hari special tuk aku. Sebab ape? Sebabnye tarikh hari ni adalah tarikh aku dilahirkan di dunia ini.. Aku pun xtau la knapa, start dari kecil lagi aku memang x suka sambut birthday. Kalau ada orang wish depan2 aku jadi malu. Sometimes siap x mengaku lagi. hehehe... Aku pun xtau la apa sebabnye aku jadi macam ni.\

Kat cni x ramai yg tau hari ni birthday aku. Ada la 2 3 orang je. Budak kelas aku ade yang wish tadi tp seperti biasa la macam tahun2 sblm ni aku wat dunno je, siap x mengaku lagi. teruk x aku?? Uwaaaa...

Tetiba time birthday ni la aku akan rindu pada somebody tersangat2. Orang ni memang amat penting dalam hidup aku. N ada sebabnye kenapa bila time birthday aku akan terengat kat dia sangat2. Ada la sesuatu terjadi to that somebody on my birthday yang bila diingat balik akan menyebabkan aku agak sebak. N bila engat gak pasal tu menyebabkan aku rasa macam xnak je sambut birthday aku sampai bila2 sebab takut kejadian yg sama berlaku pada orang lain yang aku sayang.

Tapi sebenarnya aku tunggu gak beberapa orang tertentu wish kat aku. Kalau diorg x wish aku plan nak mogok ar ngn diorg. Amacam? ok x? hehehe...