RSS

Pages

Thursday, December 24, 2009

9 Nyawa

Salam kesejahteraan kepada semua.

Korang percaya x dengan 9 nyawa yang ada pada kucing. Perkara ni aku dah dengar sejak kecil lagi. Dulu aku percaya gak tp sekarang ntah la. Dulu aku percaya sebab aku selalu tgk kucing aku terjun dari atas bumbung tp x jd apa2 pn kat dia.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal kucing yg ada 9 nyawa ni tp nak bercerita pasal novel terbaru penulis kesayangan aku Ramlee Awang Murshid yang bertajuk "9 Nyawa". Aku beli minggu lepas masa keluar ngn Ayu. Ni la 1st time aku baca novel melayu lambat gler nak dihabiskn. Aku pn xtau knape. Adakah aku sudah kurang minat membaca novel sekarang? Aku seolah2 bukan lagi pembaca novel yang tegar. Jika dahulu aku boleh menghabiskn bacaan sesuatu novel tu dalam masa sehari je. Paling lama pn 2 hari. Tapi untuk novel yg ni aku mengambil masa hampir seminggu juga la tuk menghabiskannya.

Berbalik kepada novel "9 Nyawa" ni, ia berkisar pasal seorang perempuan bernama Intan Suryani yang mempunyai masalah jantung sejak dia kecil lagi. Mama dia pula mempercayai pada mitos 9 nyawa sama seperti dipunyai kucing beberapa kali Intan ni mati then hidup semula. Kepercayaan dia ni diperkuatkan lagi bila dia bermimpi masa Intan koma waktu dia kecil lepas terlibat dengan kemalangan yang Intan cakap dia ada 9 nyawa, so mama dia jangan la risau sebab dia xkan mati masa tu. Kucing pun jinak sangat dengan Intan Suryani. Bila dia dh menginjak dewasa, mamanya menjaga n mengongkong hidup dia ibarat dia masih kecil lagi. Dia x dibenarkan berkawan dengan sesiapa dan ke mana2 tanpa mama dia disisi.

Suatu hari dia berkenalan ngn seorang pelanggan, Khairil n jatuh cinta pandang pertama la lebih kurang. Masing2 menyimpan perasaan. Mama Intan tahu pasal ni n membantah keras pasal hubungan diorg ni. Dalam masa yang sama keluarga Intan banyak ditimpa musibah bermula dengan cubaan merompak kedai berlian perusahaan keluarga Intan. Then rumah mereka dimasuki penceroboh sehinggalah mereka diserang oleh dua orang lelaki yang bersenjata api ketika dalam perjalanan ke ofis yang menyebabkan mama Intan terlantar di hospital selama beberapa hari.

Akhirnya perhubungan antara Intan n Khairil direstui mama Intan (Azizah) bila dia nampak kesungguhan Khairil menyintai anaknya dan mereka berdua pn diijabkablkn. Dalam masa yang sama Azizah yang sudah lama tersasar dari jalan Allah kembali ke pangkal jalan n dibukakan hati setelah rakan baiknya Dr. David Chu memeluk Islam. Azizah n Dr. David yang juga nama Islamnya Daud telah pergi menunaikan umrah setelah majlis perkahwinan Intan dan Khairil selamat berlansung.

Semasa Azizah pergi menunaikan umrah, Intan dan suaminya pergi berbulan madu di Singapura. Intan telah meminggirkan mamanya kerana merasakan inilah peluangnya untuk bergembira dengan suami tersayang tanpa pengawasan mamanya. Azizah merasa tersinggung dengan anaknya. Malang tidak berbau, Intan koma setelah beberapa hari mengalami sakit jantung. Ketika dia koma ni la dia berjumpa dengan Hakim, seorang yang buta mata tp celik hati dalam dunia yang satu lagi. Mereka berjumpa secara paranormal iaitu ketika roh Intan merayau2 di sekitar hospital. Hakim mempunyai keistimewaan yang dianugerahkan kepadanya iaitu dapat berhubung dengan roh-roh yang sedang bertarung nyawa menghadapi saat kematian.

Ketika inilah segala2nya terbongkar mengenai kisah silam Intan dan Hakim. Rupa2nya Hakim buta n kedua2 ibu bapanya meninggal disebabkan kemalangan semasa kecil dahulu. Dalam kemalangan tu family Intan pun terlibat n puncanya pn dari mama Intan. Dia berniat nak membunuh arwah bapa Intan sebab arwah bapanya sudah beberapa kali cuba membunuh Intan kerana dia merasakan yang Intan bukan anaknya. Hakim yang mengalami trauma cuba melupakan kepahitan hidupnya. Shauqi, adik Hakim pula tidak engat langsung tentang kemalangan tersebut.

Ketika ini juga, satu persatu kisah hidup Intan terbongkar. Dia mula mengingati kisah silamnya yang menjadi trauma dalam hidupnya dan mamanya. Dan ketika ini juga dia mengetahui perangai sebenar suaminya setelah rohnya dibawa ke masa silam. Khairil rupa2nya telah merancang pertemuannya dengan Intan. Sebenarnya Khairil seorang pembunuh upahan dan berniat untuk mengaut kekayaan yang dimiliki keluarga Intan. Dia merancang untuk merampas kekayaan Intan setelah berkahwin dengan Intan dengan membunuhnya secara perlahan2. Mujur hal ini disedari oleh Daud setelah menyedari tindak tanduk Khairil yang agak mencurigakan sepanjang Intan terlantar koma di hospital. Shauqi yang telah bertaubat tidak akan melakukan kerja2 haram dibunuh Khairil setelah mendapat arahan daripada rakannya di Jakarta kerana Shauqi terlibat dalam permusuhan dengan kumpulan dari seberang. Khairil ditahan ketika cuba melarikan diri ke malaysia setelah membunuh Shauqi.

Intan berjaya diselamatkan setelah melakukan pemindahan jantung. Hakim telah mendermakan jantung Shauqi kepada Intan. Khairil berjaya melarikan diri dari tahanan polis. Dia berdendam dengan keluarga Intan setelah Intan menghantar surat tuntutan fasakh kepadanya. Dia ingin membunuh Intan, Azizah dan Daud kerana menyebabkan dia merengkok dalam penjara. Azizah telah belajar menembak dan memiliki lesen memiliki senjata api setelah menyedari dirinya dan Intan dalam bahaya setelah Khairil melarikan diri dari tahanan polis Singapura.Khairil dibunuh oleh Azizah dengan tiga das tembakan ketika Kharil memasuki bilik Intan dan menyangka orang yang sedang tidur itu Intan.

Ending cerita ni, Hakim dapat melihat semula setelah Azizah, Intan dan Daud memujuknya untuk menjalani rawatan dan pembedahan mata.

Part ending mmg happy ending tapi aku lagi suka kalau Hakim n Intan kawin. Bertambah2 happy ending citer ni. hehe...

Aku memang suka gler ngn karya Ramlee Awang Murshid ni. Jalan cerita dia memang padat dengan aksi, suspens, ilmu dan sudah tentunya akan terselit juga kisah cinta nan syahdu. Memang best layan novel hasil nukilan Mr Ram ni. Boleh dikatakan aku de hampir kesemua novel dia. kira aku memang fan novel dia la...



Friday, December 11, 2009

Sungguh Aku X Sangka

Semalam aku terkejut besar bila sepupu yangg merangkap adik sedara aku tiba-tiba mesej. Bukannya apa, sebelum ni kalau jumpa memang teramatlah susah untuk bertegur sapa apatah lagi bersembang.

Untuk pengetahuan semua, dia ni sepupu aku sebelah arwah ayah. Abah dia dengan arwah ayah aku adik beradik seibu dan sebapa. So, kiranya dia ni saudara ajnabi aku la. Dan untuk pengetahuan semua juga, aku x berapa pandai bergaul dengan sepupu sebelah arwah ayah. Salah satu sebabnya ktorg jarang berjumpa. So, bila jumpa masing2 janggal. Berbeza pula dengan abang aku, dia lebih selesa bergaul dengan sepupu sebelah arwah ayah. Memang kamcingla diorg semua.

Berbalik pada sepupu aku yg sorg ni, die ni muda dua tahun dari aku. Sekarang ni study kat UM kos kaunseling. Bakal kaunselor tu. Waktu mula2 mak dia cakap dia mintak kaunseling aku memang terkejut gak sebab dari pemerhatian aku dia ni pendiam n pemalu orangnya. Tu pn salah satu faktor kenapa aku ngn dia susah nak bertegur sapa. Bila seorang yang pemalu bertemu seorang pemalu yang lain, maka possibility untuk bertegur sapa tu memang rendah. Aku ni sebenarnya pemalu sikit bila berdepan dengan sepupu2 lelaki sebelah arwah ayah. Percayakah anda? hehehe...

Aku engat dia mesej sebab ada benda penting yang dia nak sampaikan. Rupa-rupanya saje je. Dah la x boleh blah bila dia engat aku amik Biologi. Sesungguhnya aku amat alergi dengan itu subject. Malam tu plak aku berYM dengannya. Sungguh aku x sangka dia lebih matang dari apa yg aku sangka. Ayat2 dia memang x boleh blah. Aku pn kadang2 terdiam. Ye la bakal kaunselor la katakan. Aku teringin sangat nak jumpa dia secara berdepan sebab nak tengok adakah dia boleh bersembang dengan aku sebagaimana dia bersembang dengan aku dalam YM? Adakah dia x malu lagi sebagaimana yang dia bagitahu kat aku?

Tapi at da same time aku x berani gak nak jumpa dia. Sebabnya budak ni dah pandai baca karektor orang. Baru sembang sikit2 dalam YM pn dia dh pandai describe aku punya perangai sikit2. Siap cakap dengan confident lagi yang kalau dia knal aku lebih rapat dia dapat baca smua karektor aku. uwaaaaa...aku xnak la orang yang ada kaitan rapat ngn aku tau perangai aku yang sebenar yang hanya aku tonjolkn depan kengkawan je...

Ye, akan aku tutup serapat mungkin bila aku jumpa dia nanti. Untuk pengetahuan semua dia ni baru jer putus cinta. Ni pn aku tau melalui facebook. Bab ni pn aku x jangka gak. Dia memang lebih advance dari aku rupa2nya dalam bab ni. huhu...So, sape2 yang berminat nak tackle dia sila bagitau aku. Nanti aku tolong kenen2 kn..hehe...

Friedster berwajah baru!!

Tadi saje je aku buka page fs aku. Niat dihati nak delete je akaun fs sebab memang dh terlalu jarang aku buka. Bukan sebab wujudnya facebook tetapi memang perangai aku sejak dulu lagi jarang buka page fs aku. Tapi niat tu dibatalkan bila aku tengok fs makin menarik n cam lawa la plak. Macam nak lawan fb pn ada.

Malam td masa aku tengok Buletin Utama adalah cakap pasal fs akan diambil alih sepenuhnya oleh syarikat apa ntah. Maybe sebab tu la kot fs berubah wajah. Nantila bila rajin2 akan aku godek2 fs ni tengok pe lagi yg bertambah or berkurang. N adakah lebih baik dari dulu n yg dolu2.


ni la wajah baru friendster.

Wednesday, December 2, 2009

Entry suka-suka

Hidup ini umpama roda, kadang kita di atas n kadang kita di bawah. Semua pn akan merasa keadaan ini selagi dia bergelar manusia. Yang membezakan hanya cepat dan lambat sahaja. Aku pun x terkecuali. Tapi aku x sure whether entry kali ni bersesuaian ke x ngn frasa tu...

Selama 22 tahun aku hidup di atas bumi ini, aku merasakan banyak perkara yang dah aku lalui x kira yang suka mahupun duka. N ada antaranya aku jadikan pedoman n pengajaran buat diriku. Bermula aku melangkah memasuki sekolah, aku mula mengenal apa erti kawan dan sahabat. Aku juga mengenal apa itu kawan makan kawan, kawan menjadi lawan dan sahabat sejati. Sememamngnya betul apa yang sering arwah ayah aku katakan, "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui". Alhamdulillah, sepanjang aku melangkah, aku berjumpa juga kawan yang memang menerima aku seadanya. Kawan yang aku kira boleh dipanggil sahabat. Semoga persahabatan kami kekal ke akhir hayat.

Sepanjang 22 tahun aku bergelar insan, aku telah melalui banyak pengalaman yang pahit dan manis. Aku juga telah melalui n mengetahui apa itu kesakitan, kehilangan dan kesepian. Aku memang kagum dengan orang yang telah mengalami ketiga2 ini pada usia muda n dapat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah. Sebabnya aku mengalami tiga perkara ini agak lambat dan ia benar2 memberi satu kejutan kepada diriku. Aku hampir rebah dan kecundang di tengah jalan. Orang sekeliling melihat aku sentiasa happy n ceria. Tapi itu cuma luaran sahaja. Namun berkat daripada kata2 yang selalu diungkapkan kepadaku sejak kecil lagi aku gagahkan juga. Tambahan pula, ada lagi insan yang memerlukan aku di sisi mereka.

Semua orang akan berubah n mungkin disebabkan perubahan aku bermula agak lambat n agak drastik menyebabkan orang sekeliling aku mula berfikir bukan2. Aku dari seorang anak yang agak manja n nakal bertukar menjadi agak matang. Aku x lagi menangis n mengadu hanya disebabkan perkara2 remeh. Tapi itu membuatkan orang sekeliling aku risau. Aku pun xtau perubahan aku ni sebenarnya baik ataupun tidak. Yang pasti ketika aku mula berubah aku juga menjadi agak tertekan. Sebab aku mula menjadi orang lain dan bukan diriku sendiri.

Namun, hidup aku semakin hari semakin baik sekarang. Aku sudah dapat menyesuaikan diriku dengan keadaan aku sekarang. Alhamdulillah, aku sudah mula jumpa arah tuju hidupku. Semoga jalan yang aku pilih memberi aku kebahagiaan yang hakiki. Amin...