RSS

Pages

Wednesday, December 2, 2009

Entry suka-suka

Hidup ini umpama roda, kadang kita di atas n kadang kita di bawah. Semua pn akan merasa keadaan ini selagi dia bergelar manusia. Yang membezakan hanya cepat dan lambat sahaja. Aku pun x terkecuali. Tapi aku x sure whether entry kali ni bersesuaian ke x ngn frasa tu...

Selama 22 tahun aku hidup di atas bumi ini, aku merasakan banyak perkara yang dah aku lalui x kira yang suka mahupun duka. N ada antaranya aku jadikan pedoman n pengajaran buat diriku. Bermula aku melangkah memasuki sekolah, aku mula mengenal apa erti kawan dan sahabat. Aku juga mengenal apa itu kawan makan kawan, kawan menjadi lawan dan sahabat sejati. Sememamngnya betul apa yang sering arwah ayah aku katakan, "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui". Alhamdulillah, sepanjang aku melangkah, aku berjumpa juga kawan yang memang menerima aku seadanya. Kawan yang aku kira boleh dipanggil sahabat. Semoga persahabatan kami kekal ke akhir hayat.

Sepanjang 22 tahun aku bergelar insan, aku telah melalui banyak pengalaman yang pahit dan manis. Aku juga telah melalui n mengetahui apa itu kesakitan, kehilangan dan kesepian. Aku memang kagum dengan orang yang telah mengalami ketiga2 ini pada usia muda n dapat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah. Sebabnya aku mengalami tiga perkara ini agak lambat dan ia benar2 memberi satu kejutan kepada diriku. Aku hampir rebah dan kecundang di tengah jalan. Orang sekeliling melihat aku sentiasa happy n ceria. Tapi itu cuma luaran sahaja. Namun berkat daripada kata2 yang selalu diungkapkan kepadaku sejak kecil lagi aku gagahkan juga. Tambahan pula, ada lagi insan yang memerlukan aku di sisi mereka.

Semua orang akan berubah n mungkin disebabkan perubahan aku bermula agak lambat n agak drastik menyebabkan orang sekeliling aku mula berfikir bukan2. Aku dari seorang anak yang agak manja n nakal bertukar menjadi agak matang. Aku x lagi menangis n mengadu hanya disebabkan perkara2 remeh. Tapi itu membuatkan orang sekeliling aku risau. Aku pun xtau perubahan aku ni sebenarnya baik ataupun tidak. Yang pasti ketika aku mula berubah aku juga menjadi agak tertekan. Sebab aku mula menjadi orang lain dan bukan diriku sendiri.

Namun, hidup aku semakin hari semakin baik sekarang. Aku sudah dapat menyesuaikan diriku dengan keadaan aku sekarang. Alhamdulillah, aku sudah mula jumpa arah tuju hidupku. Semoga jalan yang aku pilih memberi aku kebahagiaan yang hakiki. Amin...

0 comments: