Salam. Sudah lama rasanya aku tak berkunjung ke laman sesawang ni. Bukannya apa, otak kosong n xtau nak mencoretkn apa2 pn disini. Tapi hari ni otak ku kembali berjalan sebaik memikirkan yang aku bakal convo x lama lagi.
Boleh x aku xnak grad??
Seriously, makin dekat hari nak convo makin sayu pula rasa hati ni...pelikkn? Orang lain semua x sabar nak convo, aku plak rasa cam x nak convo je... sebabnya slps convo or grad maknanya aku perlu melangkah satu fasa baru dalam hidup aku. Aku perlu mula memikirkan benda2 yg dulu aku rasakan remeh dan menyesakkan otak. Ini bermakna dunia aku yang penuh warna-warni dulu mungkin menjadi suram walaupun masih berwarna pelangi. N da most important thing is aku akan mula jauh dari kawan2 rapat time belajar sebab masing2 pn duduk jauh. Huhuhu...
Tapi pape pn, aku still nak wish happy graduation day to all may friends, coursemate, housemate, roommate, and upsi-mate...n i'm looking forward to see all you guys...=)
Sekarang ni aku terlalu malas untuk menaip entry... knape ini berlaku kepada aku... hope aku dpt menulis 1 memorable entry that just happen in my life...so, doa2 kn la...
Dah lama rasanya x coretkan sesuatu kat sini. Bukan disebabkan sibuk, just doesn't have a feel to write.. tapi hari ni tiba-tiba terpanggil untuk mengupdate blog ni...apa yang nak dikongsikan ek???
Erm..sudah lebih seminggu aku habis praktikal n bermakna sudah lebih seminggu gak aku bergelar usahawan yang berjaya. Dalam kata lain aku sekarang sudah bergelar penganggur kelas satu. Kerja aku setiap hari hanya makan, tidur, baca novel, lepak tengok tv dan semestinya melayari intenet. Itu la rutin aku tiap-tiap hari. Sungguh bosan tapi aku dah biasa sebab ni juga la rutin aku setiap kali cuti semester menjelang. Bak kata yang telah dipatah-patah, alah bisa tegal biasa. ahakz~
Actually, aku teramat rindu dengan job aku sebelum iaitu melayan kerenah budak-budak sekolah especially kelas yang aku ajar. Seronok gak n they reminded me of me in the past. Yela, zaman kegemilangan sekolah dah lama berlalu kan...n diorang juga yang mengajar n menyedarkan aku yang jadi cikgu ni xla teruk sangat. Diorang juga yang bertanggungjawab menyedarkan aku yang aku sepatutnya bukan hanya menjadi guru tapi juga seorang pendidik. So far aku dah mula suka dengan profesion perguruan ni.
Even aku hanya sempat menghabiskan masa dengan my very 1st students around 3 months and 2 weeks tapi aku amat menghargai kehadiran diorang dalam hidup aku. Saat berpisah merupakan saat yang paling sukar untuk aku lalui. Memangla aku x menangis tapi kecian plak bila tengok 1 of my students nangis. Serious, time tu rasa macam xnak je tinggalkan sekolah tu tapi nak wat macam mana, masa aku dengan diorang sampai situ jer...
Kepada student 4MV and 2Pk especially Haziq, Wahid, Firdaus, Shazmin, Hazmin, Najihah, Shahirah, Syahira and Naim, thanx for everything. InsyaAllah, saya xkan lupakan awak semua sampai bila-bila. Saya doakan kejayaan awak semua... Aminnn....
pic atas n bawah ni adalah student 2PK. Muka comel2 lg sbb baru Form 2 kn..
yang ni plak adalah jejaka 4MV. Sentiasa membuatkan aku tersenyum kalau teringat telatah n kerehah diorang
Rasanye dah seminggu gak x update blog. Kali ni bukan disebabkan kekangan masa tetapi kekangan kemalasan. hehehe... Bila mood malas berfikir aku sampai, satu kerja apa pun aku malas nak buat. huhuhu... hari tu aku ada bagi tau nak update pasal sukan sekolah aku. Sori la, rasanya dah masuk 2 minggu sukan sekolah berlalu,baru la aku nak bercerita.
Hari Khamis bersamaan 25 Februari, sekolah aku menganjurkan sukan sekolah. Acara yang ada pada hari tu ialah perbarisan, persembahan Tae Kwando n lumba lari. Acara2 lain seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru n lain2 diadakan pada hari2 sebelum tu. Sepanjang minggu tu aku memang teramat sibuk n penat. Nak rehat pun x sempat petang2. Sampaikan malam2 memang kre awal gler la aku tdo. Aku handle perbarisan n hias khemah rumah kuning. Kre dalam sejarah la aku masuk rumah kuning ni. Ada la 3 orang lagi cikgu yang sama2 handle perbarisan n hias khemah gak. Kre njoy la kerja ngn dorg.
Masa hari sukan tu aku terlibat sebagai hakim penamat untuk budak2 yang masuk acara lumba lari. Berjemur jugak la sampai kan aku balik rumah minggu ni emak complain cakap aku makin gelap. huhuhu... Dah la acara sebelum sukan pn aku terlibat gak sebagai hakim penamat.
Tahun ni rumah hijau juara keseluruhan n rumah kuning kedua. Tapi aku puas hati la sebab rumah kuning dapat khemah terbaik even kalah dalam perbarisan. Pada aku la, sukan kat sekolah ni macam cikgu lagi excited dari students. Seriously, boleh dikatakan hampir kesemuanya cikgu yang uruskan, i mean for hiasan khemah n perbarisan. Students memang ada yang tolong tapi idea banyak datang dari cikgu. N bila menang memang ketara nampak cikgu yang lagi excited termasuk la aku. Aku siap terlompat2 suka masa rumah kuning johan acara tarik tali tau...lepas tu baru fikir malu sebab ada student yang tengok. hahaha... petang tu apalagi, acara qada' tdo la aku... bawah ni ada la beberapa gambar masa hari sukan tu berlangsung.
Ye! Hari ni kira hari special tuk aku. Sebab ape? Sebabnye tarikh hari ni adalah tarikh aku dilahirkan di dunia ini.. Aku pun xtau la knapa, start dari kecil lagi aku memang x suka sambut birthday. Kalau ada orang wish depan2 aku jadi malu. Sometimes siap x mengaku lagi. hehehe... Aku pun xtau la apa sebabnye aku jadi macam ni.\
Kat cni x ramai yg tau hari ni birthday aku. Ada la 2 3 orang je. Budak kelas aku ade yang wish tadi tp seperti biasa la macam tahun2 sblm ni aku wat dunno je, siap x mengaku lagi. teruk x aku?? Uwaaaa...
Tetiba time birthday ni la aku akan rindu pada somebody tersangat2. Orang ni memang amat penting dalam hidup aku. N ada sebabnye kenapa bila time birthday aku akan terengat kat dia sangat2. Ada la sesuatu terjadi to that somebody on my birthday yang bila diingat balik akan menyebabkan aku agak sebak. N bila engat gak pasal tu menyebabkan aku rasa macam xnak je sambut birthday aku sampai bila2 sebab takut kejadian yg sama berlaku pada orang lain yang aku sayang.
Tapi sebenarnya aku tunggu gak beberapa orang tertentu wish kat aku. Kalau diorg x wish aku plan nak mogok ar ngn diorg. Amacam? ok x? hehehe...
Sudah hampir sebulan aku kat sekolah ni. N sudah masuk minggu ke-3 aku bergelar cikgu matematik. So far, ok la. Best jugak la ngajar even kadang2 aku rasa macam sakit jiwa gak melayan kerenah students kesayangan aku ni. huhu.. Sometimes diorg ni la jugak penyeri jiwa, buatkan aku tersenyum n ketawa ngn telatah diorg. heeeee...
Setakat ni aku belum lagi diobserve guru pembimbing aku. Dia pun macam malas je nak masuk kelas observe aku. Dah la dia kena masuk at least 3 kali untuk observe aku. Aku ajak dia masuk minggu ni tapi disebabkan warga sekolah ni sekarang agak busy ngn sukan sekolah yang bakal diadakan pada hari khamis ni. InsyaAllah kalau rajin nnt aku update pasal sukan kat sekolah ni. Kebetulan my mentor ni guru data sekolah, so dia memang busy dengan kerja2 dia even muka dia memang sentiasa ada dalam bilik guru. Al-maklum la dia de 15 waktu je masa mengajar. N lecturer aku plak maybe datang lepas cuti sekolah bulan tiga nnt. Alhamdulillah ktorg hanya diobserve dua kali je oleh lecturer. So, xde la tension sgt n xla kelam kabut nak siapkan ABM setiap kali dia datang observe. Untuk pengetahuan semua, aku memang xpnah lagi menyelitkan apa2 ABM pn dalam pengajaran aku. Bukan disebabkan aku malas tapi keadaan yang tidak sesuai untuk aku selitkan apa2 dalam pengajaran. Kalau x alamatnya syllabus memang lari la. huhuhu....
Aku sebenarnya xde idea sangat nak dicoretkan di sini tapi disebabkan aku kebosanan dalam bilik guru, so aku updatekn la jugak blog aku ni even tengah kekeringan idea. N ntah pape la yang aku tuliskn kat dalam ni. Semuanya gara2 LP. hehehe...
Semalam aku saja tengok2 balik video yang ktorang rakam time karaoke. Tetiba aku jadi rindu lak nak karok even suara macam burung bangau n tune pun asyik salah2 je...but i love karok sebab dapat lepaskn tension. Nak kata selalu pegi xpn. Baru sem lepas aku start berjinak2 g karok ni. Ni pun sebab pengaruh budak2 rumah dulu. Sebenarnya dari dua sem lepas dah berniat nak g karok tapi asyik x jadi je sbb sem tu aku n kawan2 aku memang agak busy. Bukan buat2 busy ok. N at last ktorang dapat gak berkaraoke setelah punya lama asyik bertangguh. Kalau x clap aku baru g karok 3 kali rasanya. Dua2 tempat karok kat TM aku dah pnah pegi tapi aku x pnah lagi cuba2 nak masuk Redbox. Nanti2 la aku ajak diorg2 yg memang kaki karok ni g sana lak.
Bercakap pasal karok ni, actually aku ditugaskan oleh kawan aku tuk tulis lirik lagu yang dia gubah. Dah lebih tiga minggu dia bagi tapi sampai sekarang aku x siap2 lagi. Baru wat sebaris dah xde idea. Aku ni bukannya reti sangat nak tulis ayat2 puitis or ayat2 yang sedap didengar tuk dijadikan lirik lagu. Dah puas aku explain kat kawan aku tapi dia still suruh aku tulis gak.Tadi masa aku cakap ngan dia aku bagi la alasan yang lagu dia tu macam jiwang sangat, susah aku nak nak fikir ayat2 yg sesuai tuk dijadikan lirik lagu. Aku cakap kalau lagu yang funky okey la gak. Dia cakap nanti dia nak wat satu suruh aku tulis liriknya. Ha ha ha.. padan muka aku. Saje je tempah bala.Dibuatnya dia betul2 buat lagu tu mati aku nak siapkan lirik dia. Terpaksala aku cipta berbagai2 alasan sebab memang xkan siap la lirik lagu dia tu. hehehe...
Aku dah start mengajar. Jadual ok la. X berapa busy. Tapi satu je yang aku x sanggup nak wat sepanjang praktikum ni which is kena wat LP yang lengkap. Lemah aku nak fikir aktiviti2 dengan CCTSnya, methodnya, strategynya, noble valuenya n macam2 lagi. Kalau bab ngajar aku ok je even xla pro pun nak ajar anak orang ni. Satu je la aku hope after aku habis praktikum ni, budak2 yang aku ajar tu x jatuh n merosotla result math diorg time exam. Takut gak aku. huhuhu..
Sejak start praktikum ni aku terpaksa la update citer pasal sekeliling aku n kegiatan yg aku lakukan setiap hari lmbt beberapa hari. Sebabnya aku malas nak bawa laptop g sekolah. Kat sekolah je yg ada wireless intenet setakat ni. Hajat nak beli 'beruk band' ntah bila la tercapai. huhuhu...
Hari Sabtu lepas sekolah ni ada anjurkan merentas desa peringkat sekolah. Aku ditugaskan jaga check point yang ke-7. Tetapi disebabkan check point tu jauh n aku xde transport so aku tukar la dengan cikgu lain. Aku jaga masa kat garisan penamat. Comel je tgk budak2 sekolah rendah n form 1 berlari2 nak abeskn larian diorg. Sampai dkat garisan penamat plak diorg agak konfius untuk masuk ke lorong mana. Ada la gak kes tersalah bagi kad kat budak2 ni disebabkan diorg konfius masuk lorong. Pape pn aku enjoy la join event kat sekolah ni setakat ni.
Ni ada beberapa gambar sepanjang kejadian berlangsung. Gambar aku macam xde je dlm ni. huhu..
students perempuan dilepaskan dahulu
bersemangat budak2 ni nak mulakan larian
ni namanya telaga gergasi. aku pun x pnah lagi sampai tempat ni lg.
Sudah tiga hari aku berada kat sekolah ni n bermakna dah tiga hari gak aku bergelar cikgu. So far ok la. Sekolah ni agak pedalaman. Macam terasa duk kat area pedalaman sabah sarawak pun ada. Kemudahan kat sekolah ni boleh dikatakan lengkap la juga. Setakat ni aku x habis lagi survey. Gambar2 pn x sempat amik lagi n aku pn malas nak bawa camera g sek.Maybe sabtu ni kot baru aku nak amik gambar2. Cikgu2 sek ni agak peramah la cuma aku ni je yang x reti lagi bergaul ngan diorg. segan ckit. hehehe...
Buat masa ni aku just relief class (betul ke ejaan relief tu ek?) je. Minggu depan maybe dh start ngajar. Cikgu pebimbing pun dh dapat. Gaya cikgu tu macam nak buli aku slalu je. Minggu depan ada ke patut die suh aku amik terus class yang aku kna ngajar start awal bulan 2 nanti. Cikgu tu kira senior aku kat upsi dulu tapi x knal pn sbb die fizik (gaya macam kenal je kalau dia amik math gak dulu..hikhik). Tapi okey gak la start awal ngajar, xde la aku duk melangut je dalam bilik guru tu tengok cikgu2 lain lalu lalang nak g kelas.
Lupa lak nak gtau yang aku nanti kena ngajar Form 2 n Form 4. Kira mantap gak la baru mula nak ngajar dh kna ajar upper form. huhu...
So jawabnye minggu ni aku dah kna start wat lesson plan la kn..kn..kn..
Hari ni dah masuk tahun baru. Bermakna umur aku juga bakal bertambah dalam masa 3 bulan akan datang. Cakap pasal azam tahun baru ni aku memang x pnah ada azam rasanya. Sebab aku tau aku xkan laksanakan azam tu punya. Aku ni pn jenis yang suka buat and fikir sesuatu ' on da spot'. So better pada aku xyah ada azam pn xpe kot. Kalau aku nak berazam pn tunggu 3 bulan lagi la kot. Maybe time tu aku dh tau apa azam yg patut aku buat untuk tahun ni dan tahun2 yang seterusnya.